Jumat, 11 Desember 2009

Tumakninah Ketika Sujud

Semasa sujud hendaklah tumakninah, kerana tanpa tumakninah samalah seperti mencuri dalam solat:


"Sesungguhnya itu (orang yang solatnya tanpa tumakninah)
adalah pencuri yang paling keji". [218]

[218] H/R Ibnu Abi Syaibah, Tabrani dan Hakim, disahkan oleh hakim dan disetujui oleh Zahabi.

"Sempurnakanlah rukuk dan sujud kamu sekalian".
H/R Bukhari dan Muslim.


Antara cara sujud yang tidak sempurna ialah rukuk yang cepat
kerana ia menyalahi sunnah:

"Kekasihku sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarangku sujud
dengan cepat seperti ayam mematuk makanan, melarangku
berpaling ke kanan atau ke kiri seperti musang dan melarangku
duduk di atas tumit seperti duduknya kera".
H/R Thayalisi, Ahmad, dan Ibnu Abi Syaibah. Hadis Hasan.

"Pencuri yang paling buruk ialah pencuri yang melakukan
pencurian dalam solat. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana mencuri dalam solat? Sabdanya: Iaitu tidak menyempurnakan rukuk dan sujud".
H/R Ibnu Syaibah, Tabnmi dan Hakim. Disahihkan oleh Hakim dan disetujui oleh Zahabi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar